Khamis, 18 April 2013

Perjalanan Bermula!




Alhamdulillah..Pagi ini mendapat berita yang menggembirakan.  Diberi kesempatan oleh Allah untuk berkhidmat di Utara pula.  Lega dan senang hati melihat isteri yang begitu semangat untuk turut berhijrah bersama suaminya ini.  Sejujurnya sudah seminggu saya memikirkan hal ini.  Sejak kali terakhir temuduga jumaat lepas, malam-malam saya ditemani bayangan dan persoalan berjayakah saya?.  Dan Alhamdulillah, pagi jumaat yang berkah ini saya mendapat perkhabaran yang saya nantikan.  Berulang kali saya tanyakan pada isteri, layakkah suaminya ini menjadi wartawan? Tetapi itulah seorang isteri, tidak jemu-jemu menaikkan semangat dan memberi kepercayaan kepada suaminya.  


Maka, saat ini saya perlu memikirkan dan menyelesaikan hal-hal lain sebelum berhijrah.  Pengajian sarjana  harus saya tangguhkan dahulu buat sementara.  Mudah-mudahan urusan ini akan dapat saya selesaikan apabila tiba waktunya nanti.  Buat isteri, bersiap-siap la ya, kita akan masuki dunia baru pula selepas ini..

Selasa, 8 Januari 2013

Santai saje..


memblog sebagai apa-apa yang digunakan orang untuk memblog..




he..he..he..